Wednesday, 22 June 2016

BAGAIMANA AKAUN TUNAI INI BOLEH MENYELAMATKAN BISNES ANDA



Ini adalah cara merekod dan  mengurus wang anda yang paling sempoi. Ini adalah paling mudah. Anda boleh bina sendiri format ini di mana2 platform excel. Bahkan dalam Hp atau Tab anda. Asasnya adalah 4 kolum, Tarikh, Perkara, Debit dan Kredit. Yang lebih tu saya tambah untuk memudahkan rujukan.

Kolumm PERKARA itu adalah ringkasan aktiviti urusniaga anda. Selalunya adalah terma2 akaunting, tapi saya tidak akan memanjangkan hal ini kerana yang penting anda catatkan apa urusniaga atau aktiviti lain yang berlaku sepanjang tempoh sebulan. 

Hal yang penting adalah dalam Kolum DEBIT dan KREDIT itu. Dalam akaun Tunai, Debit ada semua urusniaga yang memungkinkan untuk Wang Masuk manakala Kredit adalah sebaliknya, catatan rekod untuk wang Keluar. Saya tidak akan bercadang untuk teruskan dengan Ledjer dan Imbangan Duga. Ini pun sudah memadai untuk sesebuah bisnes kecil. Apa yang menyedihkan adalah apabila anda tidak menyediakan catatan apa2 rekod pun. Asalnya nampak mudah sahaja tapi anda akan pening kepala dan hairan wang tu seolah2 hilang entah kemana.

Format ini akan membantu anda. Prinsipnya mudah sahaja, Wang Masuk catatkan sebelah DEBIT dan Wang Keluar catat sebelah KREDIT. Jangan konpius dengan akaun bank anda. Ini adalah prinsip akaun tunai sejak zaman Parameswara lagi hehe, walaupun term yang berbeza tapi prinsip sama.

Pada asasnya yang selalu menyebabkan Wang Masuk adalah Jualan anda. Ofkos. Dan jika ada cara lain sila nyatakan supaya kita boleh kira pendapatan dengan tepat. Modal adalah wang yang mula2 sekali anda kumpul untuk buka perniagaan. Hah tu ler modal. Jangan lupa catat kat Debit sebab duit masuk akaun kedai.
Lepas tu anda stat beli barang nak jual, sewa kedai kalu ada, gerai, beli kelengkapan atau buat renovation. Ini semua kos, jadi catatkan kat Kredit. Wang dah keluar. Asal keluar jerkat  Kredit. Ada lagi belanja minyak, fotostat, bunting, papan iklan, sign board macam2 la. Ikut bisnes masing2. Kalu ada baki iaitu tak habis digunakan biarkan jer dulu dalam akaun.

Ok dah faham kan.. hah apa lagi mulakan ler merekod. 

Perhatikan situasi ini, jika anda gunakan modal untuk beli barang dari pembekal. Maka modal itu akan kembali pada anda jika ada jualan. Jualan = Modal + Untung . Anda berhati-hati dengan ini. Kebanyakan orang kurang alert dengan duit modal tu. Apabila anda dapat balik modal, anda kena simpa elok2 dulu. Jangan gunakan sembarangan. Kira dan simpan sebab duit tu ler digunakan untuk memusing modal akan datang. Anda akan membeli barang dari pembekal dengan duit tu. Mungkin ramai susah nak menten sebab tu ler. Terpaksa gunakan duit tu kan. Itu  la pasal kena buat catatan dan catatan yang anda buat tu tak memeningkan anda pulak hehe. Kalau anda terguna pun, anda kena bayar balik kemudian. Kalu tidak memang habis ler kome.

Jika anda nak Format ini percuma boleh wassap no ne 0128208006.
Saya dah buat dia automatik skit, so keyin jer.

Salam Ramadhan Kareem



Powered by Blogger.

Total Pageviews