Saturday 11 February 2017

CONTOH JUALAN ADA SAIZ DAN WARNA


Contoh Jualan Runcit ver 4.3. Sudah tersedia saiz dan warna apabila membuat pilihan produk yang hendak dijual.
Ingat tak? semasa merekod produk kita sudah setkan warna dan saiz masing-masing.
Tapi jika produk tu ada saiz tapi anda tak mahu letak warna , maka biarkan sahaja warna tak perlu isi. Begitulah sebaliknya, ada warna tapi tak ada saiz.
Situasi boleh dilihat jika anda menjual produk yang pelbagai jenis. Kadang ada saiz sahaja, yang lain pula warna sahaja.


PILIHAN SAIZ DAN WARNA


Cara rekod yang ini special sedikit, sudah ada saiz dan warna yang boleh dipilih. Ini adalah versi 4.3.
Selalu saya rekomen bagi yang menjual pakaian , kasut dan sebagainya yang perlu kepada catatan saiz dan warna. Mudah sebab hanya perlu pilih dari list.
Semua saiz samada huruf atau angka dan warna kita akan buat list siap-siap. Warna dalam ini adalah contah, anda bole ubah, edit dan tukar sendiri.


MENCIPTA KOD ID


Kod ID perlu di keyin kerana fungsinya amat penting bagi membezakan tiap produk.
Ini perlu dicipta sendiri mengikut idea masing-masing. Tapi yang paling mudah adalah mengikut pangkal nama produk supaya senang ingat.
Bole juga mengikut brand, lepas tu pangkal nama produk. Nombor adalah terpulang, jika ada saiz barangkali lagi mudah letak nombor saiz.
Versi 4.0 ini tiada hrga agen dan dropship.


CARA REKOD PRODUK


Semua produk yang dijual perlu didaftarkan terlebih dahulu. Kod Id , Nama produk , Harga, Kuantiti dan Diskrepsi.
Kuantiti adalah stok . Stok yang dikira sekarang akan memudahkan anda melihat baki pada masa akan datang.
Selesai semuanya jangan lupa Save.

Thursday 23 June 2016

BAGAIMANA AKAUN TUNAI INI BOLEH MENYELAMATKAN BISNES ANDA



Ini adalah cara merekod dan  mengurus wang anda yang paling sempoi. Ini adalah paling mudah. Anda boleh bina sendiri format ini di mana2 platform excel. Bahkan dalam Hp atau Tab anda. Asasnya adalah 4 kolum, Tarikh, Perkara, Debit dan Kredit. Yang lebih tu saya tambah untuk memudahkan rujukan.

Kolumm PERKARA itu adalah ringkasan aktiviti urusniaga anda. Selalunya adalah terma2 akaunting, tapi saya tidak akan memanjangkan hal ini kerana yang penting anda catatkan apa urusniaga atau aktiviti lain yang berlaku sepanjang tempoh sebulan. 

Hal yang penting adalah dalam Kolum DEBIT dan KREDIT itu. Dalam akaun Tunai, Debit ada semua urusniaga yang memungkinkan untuk Wang Masuk manakala Kredit adalah sebaliknya, catatan rekod untuk wang Keluar. Saya tidak akan bercadang untuk teruskan dengan Ledjer dan Imbangan Duga. Ini pun sudah memadai untuk sesebuah bisnes kecil. Apa yang menyedihkan adalah apabila anda tidak menyediakan catatan apa2 rekod pun. Asalnya nampak mudah sahaja tapi anda akan pening kepala dan hairan wang tu seolah2 hilang entah kemana.

Format ini akan membantu anda. Prinsipnya mudah sahaja, Wang Masuk catatkan sebelah DEBIT dan Wang Keluar catat sebelah KREDIT. Jangan konpius dengan akaun bank anda. Ini adalah prinsip akaun tunai sejak zaman Parameswara lagi hehe, walaupun term yang berbeza tapi prinsip sama.

Pada asasnya yang selalu menyebabkan Wang Masuk adalah Jualan anda. Ofkos. Dan jika ada cara lain sila nyatakan supaya kita boleh kira pendapatan dengan tepat. Modal adalah wang yang mula2 sekali anda kumpul untuk buka perniagaan. Hah tu ler modal. Jangan lupa catat kat Debit sebab duit masuk akaun kedai.
Lepas tu anda stat beli barang nak jual, sewa kedai kalu ada, gerai, beli kelengkapan atau buat renovation. Ini semua kos, jadi catatkan kat Kredit. Wang dah keluar. Asal keluar jerkat  Kredit. Ada lagi belanja minyak, fotostat, bunting, papan iklan, sign board macam2 la. Ikut bisnes masing2. Kalu ada baki iaitu tak habis digunakan biarkan jer dulu dalam akaun.

Ok dah faham kan.. hah apa lagi mulakan ler merekod. 

Perhatikan situasi ini, jika anda gunakan modal untuk beli barang dari pembekal. Maka modal itu akan kembali pada anda jika ada jualan. Jualan = Modal + Untung . Anda berhati-hati dengan ini. Kebanyakan orang kurang alert dengan duit modal tu. Apabila anda dapat balik modal, anda kena simpa elok2 dulu. Jangan gunakan sembarangan. Kira dan simpan sebab duit tu ler digunakan untuk memusing modal akan datang. Anda akan membeli barang dari pembekal dengan duit tu. Mungkin ramai susah nak menten sebab tu ler. Terpaksa gunakan duit tu kan. Itu  la pasal kena buat catatan dan catatan yang anda buat tu tak memeningkan anda pulak hehe. Kalau anda terguna pun, anda kena bayar balik kemudian. Kalu tidak memang habis ler kome.

Jika anda nak Format ini percuma boleh wassap no ne 0128208006.
Saya dah buat dia automatik skit, so keyin jer.

Salam Ramadhan Kareem



Tuesday 14 June 2016

MISI MENGHULUR BANTUAN


Salam semua,

Tadi tengok instagram Dato Alif Terlajak Laris. Dia telah dan sedang menjalankan misi bantuan kepada orang ramai, 200 org katanya nak dicarinya nak dibantunya. Seronok lah siapa yang terpilih, tapi yg lebih penting bukan seronok tapi syukur. Syukur lah sgt2 ada org bantu. Hanya org yang susah shj tau macam mn syukurnya kena bantu. Lega dan lapang.

Misi saya pun sama :). Saya ingin membantu siapa2 yang bermasalah untuk menguruskan jualan, stok dan akaun perniagaan masing2. Tapi tak terhad beberapa orang. Saya tahu ramai yg pening kepala tu hihi. Saya akan bantu anda merekod Jualan dan Stok anda yang berlambak2 tu.



Jika anda baca misi ini disini. Cuba taip kat Whatsapp tu MISI send ke 0128208006.
Saya ada HARGA SPECIAL untuk anda sempena bulan yang Mulia ini. Emm sampai bulan ne jer kot hihi. Tawaran ne saya hanya buat disini. Tiada di web dan FB page. So kalu anda baca dan bertindak, saya tahu anda baca tawaran ini dan datang dari blog ini.

Meh taip code ini >>>  MISI send 0128208006

Salam Ramadhan Kareem


TARIKH YANG BENAR


Salam
Tuan Puan Sedara Sedari,

Tarikh yang anda saksikan pada post yang pertama itu adalah benar.
Dan bisnes masih berjalan seperti biasa hingga hari ini ALHAMDULILLAH.

Versi web bole di akses di

http://rekodperniagaan.com
http://rekodperniagaan.com

dan FB page di

https://www.facebook.com/rekodperniagaan
https://www.facebook.com/rekodperniagaan

banyak versi dan style rekod sepanjang beberapa tahun ini dan versi2 upgrade telah ada.

Pertanyaan bole Whatsapp no ini

0128208006 
0128208006 
0128208006

Salam Ramadhan Kareem


New SEO software tool


Powered by Blogger.





Total Pageviews